Wednesday, March 28, 2012

MUSLIMAH ITU......

Aku lihat muslimah itu.
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimah itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimah itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimah itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimah itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimah itu,
Dan benar aku cemburu
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang aku lihat itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang tunduk pada yang satu itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang bergetar rasa takut kepada Tuhan itu,
Adalah diriku.
Aku mahu menjadi muslimah itu.
Sangat mahu.
Tuhan,
Bantu aku.
Bantu hamba-Mu.
Untuk sentiasa mengejar cinta teragung-Mu.
Untuk sentiasa menjaga setiap saat kehidupanku.
Untuk syurga-Mu.

PAKAIAN MUSLIMAH YANG BENAR


Thursday, March 15, 2012

Sifat-sifat wanita soleh


  • Sentiasa taat kepada ALLAH dan Rasul. Tandanya ialah ia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH
  • Sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama ALLAH, membela kebenaran dan takwa.
  • Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah
  • Sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran
  • Tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliyah seperti menwarnai kuku,memakai gelang kaki
  • Menjaga akhlak di dalam dan di luar rumah
  • Taat dan setiasa berbakti kepada suami
  • Tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati suami
  • Menutup aurat. Tidak mendedah aurat dan mempamirkan kecantikan untuk tontonan lelaki ajnabi (bukan mahram) ketika keluar rumah
  • bersikap penyayang kepada anak-anak
  • WANITA YANG BAIK IALAH YANG RENDAH MAS KAHWINNYA
p/s : Wahai para wanita, berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang baik. Tirulah watak-watak srikandi Islam, bukan wanita barat yang merosak moral atau wanita-wanita yg seumpama mereka yang telah hilang maruah dan harga diri
 :SUMBER DARI NASKAH 'CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA KE SYURGA' ,TERBITAN AL-HIDAYAH.


Tuesday, March 6, 2012

Ciri - Ciri Pemakaian Muslimah Sejati


Muslimah Sejati Bukanlah Dilihat Dari Segi...


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

‘Seorang Gadis Itu’



Muslimah itu ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah muslimah yang mulia akhlaknya.
Seorang Muslimah itu
Yang lembut itu fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati… tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya.
Seorang Muslimah itu
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi…  cinta untuk dirasa… Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … Dia boleh kuat, boleh menjadi tabah, boleh ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia… begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah
.
Seorang Muslimah itu
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini…  dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya
.
Seorang Muslimah itu
Boleh seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman Rasul, pengubat duka & laranya… bijaksana, menyimpan i­lmu, si teman bicara, dialah Ãishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah
.
Seorang Muslimah itu
Boleh setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cercaan manusia, namun sucinya ALLah memuji… Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah… kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda… dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
.
Seorang Muslimah itu
Perlu ada yang membela, agar mereka terdidik jiwa, agar mereka terpelihara… dengan mengenali Rabbnya, dengan cinta Rasulnya… dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya
.
Seorang Muslimah itu
Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan


.
Seorang Muslimah itu
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari… dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak boleh terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya… kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini… perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama… dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan. Seorang gadis itu,  anugerah istimewa kepada dunia!
.
Seorang Muslimah itu
Tinggallah di dunia, sebagai  mujahidah, pejuang ummah… anak ummi & ayah, muslimah yang solehah… kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & marifatullah
.
Seorang Muslimah itu
Moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan…  seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga Al – Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu… menuju cintaNYA yang ABADI.